Tempat Melepaskan Pencarutan

Suatu hari di sekolah. Kami bebudak kelas Tingkatan 4 Syafie/sains seeding belajar subjek Biologi. Kami duduk berempat satu meja. Iaitu Nuar , aku , Amir , Syamil . Sewaktu kami terlalu bosan semasa belajar,aku hampir tertidur. Amir pula sedang melakukan sesuatu di luar dugaan dan sangkaanku. Amir sedang menconteng sesuatu diatas buku teks Biologi aku. Contengan itu bertulis ....

Amir : Nuar anak hina. (sambil menyuruhku tunjukkan tulisan itu kepada Nuar)

Setelah Nuar lihat tulisan tersebut,Nuar tersenyum. Lalu membalas kembali.

Nuar : Amir anak lebih hina. (lalu mereka saling berbalas balas)

Amir : Nuar anak terlebih hina.

Nuar : Amir anak terlebih-lebih hina.

Amir : Mohd Khairul Anuar bin Mohamad sememangnye hina,cacat & terlebih-lebih 8x bodo.

Nuar : Muhd Amir dah memang Dan sememangnye hina,cacat & terlebih-lebih-lebih 100x bodo (besertakan pandir)

Amir : Mohd Anuar Khairul (amir sengaja terbalikkan name nuar) memang cacat. Beliau juga hina & bodo. Selain itu,BAGINDA dikenali sebagai Mat Nyum. *Yang Benar Amir

Nuar : Dengan ini,Mohd Amir yang dikenali sebagai cacat,hina dan dalam bahasa perantaraan ialah Budak Bangang. (cop mohor diraja) *tulus ikhlas Sultan Anuar

Aiyaya~ Pening kepala aku layan ini budak dua ekor. Buku teks aku jadi mangsa. Nuar siap tulis tajuk lgi kad atas muka surat yg diorang conteng tu. Tajuknya ialah Tempat Melepaskan Pencarutan. So that's all what I want to share with you guys. A story about my crazy dummy ass-hole best friend. Mohd Khairul Anuar bin Mohamad,a 4 Syafie class clown. And Muhd Amir Hafizi bin Mohd Shobri our class leader (ketua kelas) . Haha,best dapat kawan mcm diorang ni,hari2 ngekek kad skolah. Okey,the story is END.